Jam Menara Abraj Al Bait

Jam di puncak menara ini dapat dilihat dari seluruh kota Makkah. Dengan diameter 46 meter, ia merupakan jma terbesar di dunia, 5 kali lebih besar dari Big Ben di London. Jam di Cevahir Mall di Istanbul, Turki hanya 36 meter diameter. Kalimah 'Allah' tertulis pada empat sisinya, boleh dilihat pada jarak 25 kilometer. Ia menggunakan 2 juta lampu LED. 21,000 lampu merah dan hijau di puncak menara. Lampu ini akan bercahaya 5 kali menandakan waktu sembahyang.

Ia dibangunkan oleh Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al-Saud melalui hibah dari Yayasan Raja Abdul Aziz. Menara ini menggunakan kepakaran jurutera Jerman dan Switzerland dan dibangunkan oleh Saudi Binladen Group.[3] Ia menggunakan 250 pekerja mahir muslim.

Jam ini mula beroperasi pada 11 Ogos 2010. Ia diharap sebagai pengganti masa piawai longitud median Greenwich, London, yang terletak pada garisan bujur 0'.[4] Ia diharap dapat menggantikan waktu piawai garisan Meridian Perdana (GMT/GMP) yang berusia 126 tahun iaitu 1884. Persidangan di Doha 2008, menyatakan Mekah adalah titik pusat sebenar bumi.[5]

Rujukan

WikiPedia: Menara Abraj Al Bait http://www.abrajalbait.com/main.html http://skyscraperpage.com/cities/?buildingID=34622 http://forum.skyscraperpage.com/showthread.php?t=1... http://www.usatoday.com/news/topstories/2007-08-12... http://www1.voanews.com/english/news/middle-east/W... http://web.archive.org/web/20100815075325/http://w... http://web.archive.org/web/20100815095240/http://w... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=M... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Abraj_...